Tuesday, March 31, 2015

Hukum Menggunakan Alat Memasak Yang Pernah Digunakan Untuk Memasak Babi.

Bila kita travel ke negara bukan Islam sedikit sebanyak kita akan concern berkenaan makanan yang halal dan haram.  Kalau kita stay kat guesthouse yang boleh masak, mesti kita ada sedikit sebanyak rasa was2 nak guna pinggan mangkuk atau peralatan lain sebab takut pernah digunakan untuk masak makanan yang tidak halal.

Pengalaman aku kat Korea, Alhamdulillah guesthouse yang aku stay memang dah siap asingkan pinggan mangkuk khas untuk muslim. Memang respect sangat kat diaorg sebab nak juga diaorg ambik tahu pasal agama lain.  


      Ini kat Yeha Guesthouse, Jeju Korea

Janganlah kita risau sangat ya bila travel.  Islam itu sangat indah dan mudah tapi bukan "ambik mudah".  Kalau tak sure kena tanya pada yang arif.  Aku nak share fatwa berkenaan perkara ni.  Hopefully dapat manfaat pada semua. Insya Allah...

Rujukan dari Potal e-Fatwa 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ISU:

Saya ada sedikit persoalan berkaitan hukum menggunakan alat memasak yang pernah digunakan untuk memasak babi. Mengikut bacaan saya ada hadith Nabi yang mengatakan hukumnya makruh, tetapi jika tiada alat lain yang boleh digunakan, boleh digunakan dan cukup sekadar dengan mencuci seperti biasa tanpa perlu disamak. Mohon penjelasan hukum lebih lanjut.

PENJELASAN:

Hukum asal sesuatu bekas adalah bersih dan suci; sama ada digunakan oleh seorang Muslim atau orang bukan Islam, kecuali jika diyakini bekas itu telah terkena najis. Oleh sebab itu majoriti ulama berpendapat, dibenarkan seorang Muslim menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam.
Namun begitu, jika diyakini bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram seperti daging babi, maka hukum menggunakannya setelah dibersihkan adalah makruh.

Ini berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah, beliau berkata kepada Rasulullah saw, "Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?" Jawab Rasulullah saw, "Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.

Sabda Nabi Muhammad saw dalam hadis tersebut: " Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu..." menunjukkan makruh menggunakan bekas atau alat memasak yang digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram dan najis setelah ia dibasuh.

Imam al-Nawawi menjelaskan, "Larangan makan menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis." (al-Nawawi, Syarh sahih Muslim, jil. 13, hlm. 80)
Namun cara membersihkan atau membasuh bekas atau alat memasak tersebut perlu merujuk kepada jenis najis. Jika najis itu, najis mutawassitah seperti cawan yang digunakan untuk minum arak, maka cawan itu perlu dibasuh sehingga hilang kesan arak itu. Tetapi jika najis itu adalah najis mughallazah, maka cara membasuhnya adalah berbeza.

Menurut Imam al-Syafi'e dan ulama bermazhab Syafi'e, najis mughallazah adalah babi dan anjing. Oleh itu, jika bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak daging babi, maka bekas itu wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan air bercampur tanah. Hukum ini diqiyas kepada cara membersihkan bekas yang dijilat oleh anjing sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, "Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu tujuh kali dan salah satunya bercampur tanah." Menurut Imam al-Syafi'e, babi adalah lebih kotor berbanding anjing, oleh itu cara membasuh bekas yang terkena babi juga perlu dibasuh dengan cara yang sama (al-Khin et.al., al-Fiqh al-manhaji, jil. 1, hlm. 54).

Berdasarkan keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 yang telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat: "Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’e dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya."
Wallahu'alam.



Friday, March 27, 2015

Check Point - 23 hari lagi


COUNTDOWN.... Tik tok tik tok

Hanya Allah aje yang tahu perasaan aku sekarang.  Rasa melayang2 hehehehe trip kali ni yang buat aku over excited 200% sebab my other half ikut skali.  Kira hanimun ler anniversary yang ke 14 tahun.  Alhamdulillah

Pegi kemana? TUNGGUUUUUU ... Saja bagi saspen skit

Petang tadi check point gan groupmate yang akan join trip nanti.  Ni dah macam final check point.  Wpun ada sorang travel,ate yg 50-50, kami doakan kesihatan dia bertambah baik dan dapat join permusafiran nanti.  Insya Allah.

Bertemu di Gloria Jeans sambil go through itinerary dan checklist dari 'Muslim Backpackers'

Semoga aku, hubby dan lain2 dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur utk melihat bumi Allah dengan mata hati.

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Cara Solat Jamak

Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (R&R), kita biasa nampak tatacara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah syarat solat jamak?

Untuk solat jamak taqdim:

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?

Untuk jamak taqdim:

i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:

i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Akhir kata

Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir. Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

Friday, March 20, 2015

Alhamdulillah

At last... Wujudlah blog 'Azura Travelogue'.

Aku ni tak pandai sangat nak menulis tapi bak orang kata 'u never know' hihihi.  So just give a try, Insya Allah.

Mayb aku tak akan cerita pasal travel aku yang lepas2 sebab dah lupa.  Insya Allah lepas ni aku cubalah tulis serba sedikit tips dan pengalaman sepanjang perjalanan aku sebagai musafir.

Oklah ya sebagai pembuka kata....

C U later....